Gotong Royong Bangun Rumah Jaman Dulu

Gotong Royong Bangun Rumah Jaman Dulu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.



DEFINISI GOTONG ROYONG

????????????????????????????????????
“Bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh!”

Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas perwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosial ekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.

Gotong royong merupakan satu aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah dipraktikkan dan diwarisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi  baru yang hanyut dengan keseronokan dunia dan keselesaan yang tiada batasan. Hanya berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong  dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Gotong royong juga sangat sesuai dengan ajaran islam dimana Islam menginginkan umatnya saling mencintai, menyayangi antara satu sama lain. Semangat gotong royong dalam islam juga boleh dijadikan ukuran keimanan seseorang, dalam hal ini Rasulallah SAW. Bersabda dalam hadis yang di riwayatkan Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dan Nasai:


“Tidak beriman salah seorang diantara kamu sampai ia mencintai saudaranya sama dengan mencintai dirinya sendiri”.




CONTOH AKTIVITI GOTONG ROYONG YANG MENGERATKAN SILATURRAHIM

  • Menjalankan aktiviti pembersihan kawasan perumahan secara beramai-ramai atau berkumpulan.
  • Menjemput jiran tetangga semasa kenduri-kendara diadakan di rumah.
  • Hadir beramai-ramai ketika aktiviti menyembelih binatang korban semasa hari raya aidiladha.
  • Membuat kempen besar besaran di kawasan perumahan bagi tujuan pembersihan kawasan rumah.
  • Membuat program gotong-royong perdana di IPTA masing-masing.

csr2-1024x579

Rajah menunjukkan segelintir pelajar IPTA telah mengikuti program gotong-royong.




KEBAIKAN GOTONG ROYONG

Read:  Bangunan Rumah Sakit Harus Dapat Menampung Minimal Berapa Jumlah Pasien

Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau bekerjasama ini ialah amalan ini dapat mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama di kawasan urbanisasi.

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.



Seterusnya, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.






KEPENTINGAN AMALAN GOTONG ROYONG

  1. Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.
  2. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong boleh merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah mahupun di pejabat. Rasa kekitaan,prihatin,dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Hal ni berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya dapat membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian. Lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
  3. Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan wang. Misalnya dalam hal menyediakan makanan semasa hari perkahwinan, dijalankan secara gotong-royong, pasti  kita dapat menjimatkan wang. Tetapi, jika makanan tersebut ditempah daripada syarikat yang menyediakan makanan, belanja yang perlu dikeluarkan adalah lebih tinggi. Begitu juga dengan aktiviti kemasyarakatan yang lain seperti membina tempat menunggu bas kosnya akan lebih rendah jika dijalankan secara gotong-royong
Read:  Jasa Tukang Renovasi Rumah Dan Bangunan Kota Tangerang Banten





KESIMPULAN



Sebagai kesimpulan, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu ‘Muafakat Membawa Berkat’. Pada pendapat saya, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.

Gotong Royong Bangun Rumah Jaman Dulu

Source: https://projekefoliokumpulan1.blogspot.com/2016/12/amalan-gotong-royong.html

You May Also Like