Di waktu ekonomi mencabar ini, ramai yang terpaksa meminjam duit untuk meneruskan kelangsungan hidup dan seterusnya tak mampu pula nak bayar hutang tu. Bila dah terdesak untuk teruskan hidup, nak taknak terpaksa juga berhutang. Ye lah dah gadai semua harta yang boleh termasuklah pajak barang kemas tapi akhirnya tak cukup juga duit untuk beli makanan. Bila dah berhutang ni nak kena langsaikan hutang pula jadi beban.

Barangkali kita tak rasai lagi kesusahan yang dihadapi orang berhutang tapi kesempitan hidup yang dilalui hanya mereka sahaja yang tahu. Mungkin ada beberapa orang jenis yang tak bertanggungjawab dan suka berhutang tapi hidup senang dan sengaja tak ingin membayar hutang. Tapi ketahuilah ada golongan yang betul-betul susah sehingga beli makanan di kedai pun terpaksa berhutang. Jadi nak buat apa kalau berada dalam keadaan macam ni?

Perkongsian xx Perkara Boleh Amalkan Agar Rezeki Murah Untuk Mudah Bayar Hutang

Perkongsian ini telah dikongsikan saudari Zarini Jaafar mengenai amalan yang boleh dibuat agar rezeki bertambah dan dipermudahkan untuk membayar hutang. Berikut adalah kenyataan beliau:

“Ketika saya berhutang banyak dulu, saya berhenti kerja jadi banyak hutang banking company tak dapat dibayar. Masa tu tak ada bisnes, Nama ccris tak dapat buat loan untuk bayar, tak ada tanah untuk jual, tak ada harta untuk pajak dan sebagainya. Bisnes pun baru nak buat tak ada modal, tak ada stok, tak ada squad. Serba kekurangan saya ni. Surirumah sahaja”

“Saya bagi tips bagaimana rezeki Allah berikan pada saya mencurah curah. Allah bantu setiap masa.Tak hebat pun saya kalau Allah tak bantu saya”

1. Berdoa Rezeki Bayar Hutang

Read:  Surat Perjanjian Dalam Membangun Rumah Antara Tukang Dan Pemilik Rumah

Selama ini doa siang malam nak rezeki untuk bayar hutang jadi setiap kali dapat jualan. Bayar hutang dahulu. Sedekahkan xx Al-Fatihah pada mak ayah masih hidup atau sudah meninggal.

2. Amalkan 1000 Istighfar Selepas Subuh

Pagi-pagi selepas solat subuh amalkan chiliad kali istighfar memohon Allah untuk ampunkan kita. Setiap kali sebut Astaghfirullah halazim,, Ampunkan aku Ya Allah. Minta ampun betul-betul pagi-pagi.

three. Ucap Kesyukuran Pada Allah

Selepas itu baru lakukan Solat Dhuha. Apabila Solat Dhuha, saya tak berdoa nak rezeki. Masa selepas doa saya buat kesyukuran. Bagitahu Ya Allah, terima kasih bangun lagi pagi ini untuk memohon ampun. Ya Allah terima kasih kerana ada suami yang baik.

four. Senaraikan Nikmat Pemberian Allah

Senaraikan semua nikmat Allah bagi sebanyak-banyaknya. Menitik air mata apabila disenaraikan. Allah, malu dah nak minta lagi banyak.

5. Jaga Aurat

Jaga lah aurat, labuhkan baju, tudung dan pakai stokin.

6. Istighfar, Dhuha & Syukur

Istighfar, Dhuha dan Syukur itu pun dan membuka sebanyaknya rezeki. Saya biasanya buka
handphone
selepas jam 10 pagi selepas saya siap three diatas.

7. Banyakkan Zikir ‘Hasbunallahuwanikmal Wakil’

Sepanjang bekerja, banyakkan zikir ‘Hasbunallahuwanikmal Wakil’ – Cukup Allah bagi ku, aku serah pada mi Ya Allah semua urusan ku.

8. Baca Surah Pendek Sebelum Zuhur

Saya berhenti rehat ten minit sebelum Zuhur. Habiskan 1 surah pendek Al Waqiah sambil tunggu Zuhur.

9. Selepas Solat Amalkan

Amalkan zikir:

  • 33 kali : Alhamdulillah
  • 33 kali : SubhanAllah
  • 33 kali : Allahuakbar
  • 33 kali : Innahaza Larizkuna Malahuminnafad (Maksud: Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis)
Read:  Biaya Bangun Rumah 2 Lantai 6x12

Sambung bekerja

ten. Baca Surah Al-Mulk Sebelum Asar

Berhenti x minit sebelum Solat Asar untuk baca Al Mulk dan solat awal waktu. Bila saya amalkan ini, masa saya sangat panjang. Banyak benda kita boleh buat. Dahulukan akhirat dari kesibukan dunia.

eleven. Lebihkan Masa Bersama Keluarga

Lebihkan masa untuk bersama keluarga selepas Asar hingga Magrib. Jemaah lah bersama-sama sehingga lah waktu Isyak. Tak dapat lakukan di masjid, amalkan di rumah.

12. Amalkan Sedekah Setiap Hari

Setiap hari amalkan sedekah walau pun seringgit. Masa saya susah hutang banyak, saya buat air sirap. letak dalam botol banyak-banyak dan sedekah kepada orang sapu-sapu sampah. Itu je yang mampu buat masa tu.

13. Utamakan Bayar Hutang

Antara hutang dengan sedekah, utamakan bayar hutang dahulu. Jika tak mampu sedekah wang, sedekah lah tenaga, sedekah lah ilmu. Saya tak mampu sedekah wang, saya ajar orang lain menjual percuma. Saya nak sedekah ilmu sahaja.

fourteen. Amalkan 1000 Istighfar Sebelum Tidur

Sebelum tidur, amalkan 1000 kali istighfar mohon ampun apa kita dah buat seharian

15. Solat Taubat Sebelum Tidur

Solat taubat sebelum tidur. Biasanya saya tidur awal jam 10 malam bangun balik jam 11 malam sehinggalah jam 3 pagi. Atau saya tido jam 12 malam bangun jam 4 pagi.

16. Tahajud, Meraju Berdoa Betul-Betul

Masa ni jam four pagi awak tahajjud, minta lah dengan tepat. Doa betul-betul minta merayu betul-betul. Kalau nak habiskan hutang sebut hutang tu berapa, bila nak bayar.

17. Minta Maaf Dengan Suami Sebelum Tidur

Sebelum tidur minta maaf dengan suami. Jaga betul-betul hubungan suami isteri. Lebihkan akhirat, lebihkan sumai daripada bisnes. Paling susah rezeki nak masuk adalah bila suami isteri asyik bergaduh mengungkit. Duduk baik-baik, saling terima kurang lebih masing-masing. Kita semua tak sempurna.

Read:  Contoh Pekerjaan Persiapan Dalam Pembangunan Rumah Tinggal

18. Redha Ketentuan Allah

Redha lah apa yang Allah berikan, pasti ada hikmah ada kebaikan untuk kita belajar menjadi lebih kuat.

19. Belajar Rendahkan Ego

Mula belajar rendahkan ego, kalau orang itu berjaya pergi jumpa dia belajar, hormat guru kita. Sentiasalah merendah diri ketika dipuji segera kembalikan pada Yang Kuasa. Bisik pada diri, kau hanya meminjam.

xx. Jaga Orang Tua

Jagalah orang tua, berkhidmat sewaktu mereka masih ada. Saya rasa ini juga limpahan Allah bagi kerana dulu saya berhenti kerja untuk menjaga arwah mak sendiri. Keluar masuk wad dengan dia sehinggalah mandian terakhir di pangkuan saya.

Saya tiada apa-apa, surirumah sahaja. Allah yang bantu saya. Semua dengan izin Allah SWT.

Begitulah perkongsian seorang wanita suri rumah tentang amalan beliau untuk mudah bayar hutang. Semoga ini dapat membantu memudahkan korang membayar hutang yang ada. Boleh juga
share
pada kawan-kawan yang agak susah untuk membayar hutang tu. Kalau memang diorang susah sangat nak bayar hutang tu boleh rujuk panduan lanjut di SINI