Bangunan Bangunan Rumah Di Kampung Naga

Bangunan Bangunan Rumah Di Kampung Naga

Daerah Segamat


Malaysia

District of Malaysia

Daerah Segamat
Transkripsi Other
 • Jawi سڬامت
 • Chinese 昔加末县
 • Tamil சிகாமட்

Bendera bagi Daerah Segamat

Location of Segamat District in Johor

Location of
Segamat District
in Johor

Daerah Segamat yang terletak di Malaysia

Daerah Segamat

Daerah Segamat

Location of
Segamat Commune
in Malaysia

Koordinat:



2°30′N
102°55′East


 / 

2.500°N 102.917°E
 /
ii.500; 102.917




Koordinat:



ii°30′N
102°55′E


 / 

two.500°N 102.917°E
 /
ii.500; 102.917




Country
Malaysia
State
Johor
Kerusi Segamat
Local expanse regime(due south) Segamat Municipal Council
(Segamat Northward)
Labis District Council
(Segamat South)
Kerajaan
 • Commune officer Haji Abdul Rahman bin Salleh
Luas

[1]

 • Jumlah 2,807.29 km2
(i,083.90 batu persegi)
Penduduk

(2010)[2]

 • Jumlah 179,342
 • Kepadatan 64/km2
(170/batu persegi)
Zon waktu UTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST) UTC+eight (Not observed)
Postcode

85xxx

Calling code +6-07
Vehicle registration plates J

Segamat
merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor, Malaysia. Ia bersempadan dengan:

  • dua (2) buah negeri lain = Negeri Sembilan di utara dan Pahang di timur.
  • enam (6) buah daerah lain = daerah Muar dan Kluang di selatan, daerah Tampin di barat laut, daerah Rompin di timur laut, Batu Pahat di sebelah tenggara dan daerah Tangkak di barat.

Bandar Segamat merupakan pusat bandar utama daerah ini. Dari segi hierarki pusat-pusat petempatan bagi Negeri Johor, Segamat terletak dalam kategori kedua iaitu Pusat Wilayah Tahap II. Bandar kedua terbesar di Daerah Segamat adalah Bandar Labis yang berada di kategori ke empat hierarki pusat petempatan seluruh negeri. Daerah Segamat merupakan daerah yang mempunyai tahap kemajuan yang sederhana berbanding dengan daerah-daerah di Wilayah Johor Barat. Ia mempunyai kepentingan tersendiri kerana menjadi penyambung ke Pantai Timur melalui Lebuhraya Kuantan – Segamat. (Lebuhraya Tun Abdul Razak) dan juga sebagai laluan utama kenderaan ke selatan negara. Secara tidak langsung ini memberikan gambaran yang positif terhadap potensi pembangunan daerah ini.

Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut –
Segar-Amat. Terletak di antara Kuala Lumpur dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan FELDA serta FELCRA. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu ‘Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan’.

  • Maklumat Asas Daerah Segamat
  1. Luas kawasan : 282.534.5 Hektar / ii.825.4 km persegi,
  2. Jumlah Penduduk :
  3. 178.266 orang (bancian 1991)
  4. 269.709 orang (menjelang tahun 2010)
  5. 8.6% daripada penduduk negeri Johor
  • Daerah Segamat terdapat 11 mukim :-
  1. Sungai Segamat:18,129.91 ,
  2. Jementah:22,791.89 ,
  3. Gemereh:2,071.99 ,
  4. Jabi:xiii,985.93 ,
  5. Sermin:12,172.94 ,
  6. Buloh Kasap:26,158.88 ,
  7. Gemas:30,043.86 ,
  8. Pogoh:xvi,291.02 ,
  9. Labis:42,216.80 ,
  10. Bekok:78,476.63 ,
  11. Chaah:18,388.91

Jumlah Keluasan Daerah Segamat =280,728.76.

  • Bilangan penduduk mengikut mukim
  1. Sg. Segamat:37,115
  2. Jementah:fifteen,935
  3. Gemereh:six,637
  4. Jabi:8,499
  5. Sermin:1,740
  6. Buloh Kasap:22,181
  7. Gemas:thirteen,634
  8. Pogoh:16,233
  9. Labis:31,051
  10. Bekok: 5,934
  11. Chaah:thirteen,459

JUMLAH = 172,418.

  • Bilangan penduduk mengikut kaum
  1. Melayu:90,135 ,
  2. Cina:63,546 ,
  3. Republic of india:16,320 ,
  4. Lain-Lain:672 ,
  5. Bukan Warganegara:1,745

JUMLAH = 172,418.

  • Bilangan mukim dan kampung
  1. Bilangan Mukim:eleven Mukim
  2. Bilangan Penghulu:12 orang
  3. Bilangan Ketua Kampung:49 orang
  4. Bilangan Ketua Masyarakat:14 orang
  5. Bilangan Kampung Induk:49 buah
  6. Bilangan Kampung Rangkaian:210 buah kampung

Sejarah

[sunting
|
sunting sumber]

Menurut seorang ahli sejarah tempatan, Cikgu Hassan (Allahyarham Tuan Haji Hassan bin Muhammad),Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar “Daerah Lagenda”.

Sejarah silam daerah Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita orang tua-tua[
nyatakan menurut siapa?
]

Putera kepada Raja Malim Dewa iaitu Raja Malim Deman pernah mencintai seorang Puteri yang bernama Puteri Santan Bertapis. Malangnya, Puteri yang digilakan oleh Malim Deman itu telah dibawa lari oleh seorang Putera dari kayangan. Kegagalan untuk mencari Puteri tersebut telah menyebabkan baginda membuat satu sumpahan iaitu selagi Puteri yang dicintainya itu tidak ditemuinya maka daerah Segamat akan dilanda banjir. Dengan demikian, daerah ini telah dikenali sebagai “Daerah Sumpahan Malim Deman”[perlu rujukan]. Selain itu, terdapat peristiwa penting iaitu sekitar tahun 1511, Bendahara terakhir Melaka, Bendahara Tepok dan para pengikutnya berundur ke Johor setelah kejatuhan Melaka ke tangan tentera Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque. BendaharaTepok yang uzur dan para pengikutnya berhenti berehat di satu lubuk sungai di kawasan tersebut dan mandi di sungai tersebut untuk menyegarkan diri Bendahara Tepok. Setelah mandi, beliau berkata, “Segar amat badanku ini!“, dan seterusnya menamakan sungai tersebut sebagai
Segar Amat, yang kemudian berubah menjadi
Segamat.Selain itu,nama segamat diambil ketika Bendahara Tepok mengarahkan pembantu kanannya iaitu Selamat Gagah untuk membawanya melarikan diri dengan perkataan
Segera Mat,Segera Mat. Namun demikian, nama tersebut hanya diguna pakai pada sungai tersebut sahaja. Petempatan yang seterusnya menjadi pusat bandar Segamat asalnya dipanggil Rantau Panjang. Segamat juga disebut sebagai “Rantau Panjang” dalam abad ke-xviii. Ini ada kaitannya dengan keadaan muka bumi sekitar kawasan sungai Segamat pada masa itu. Menurut orang tua-tua, pada masa dahulu kawasan tebing sungai Segamat begitu lurus dengan pasir di tebingnya halus. Apabila terkena sinaran matahari, sepanjang tebing sungai kelihatan seperti hamparan permaidani putih. Air sungainya yang jernih dan berkilau-kilauan menambahkan lagi keindahan kawasan sekitar itu.

Orang-orang Segamat suka berkunjung ke sebuah kawasan bernama Pasir Jenaling untuk berkelah. Ia merupakan sebuah kawasan yang airnya jernih and pasirnya putih berhampiran dengan pengkalan Esah (sekarang terletak di belakang Pawagam Cathay/Sri Genuang). Orang-orang luar yang datang ke Segamat melalui sungai akan berhenti di pengkalan Esah di mana terdapat pokok-pokok Jambu and leban ditebing sungai. Keadaannya yang condong telah menamakan Segamat sabagai “Jambu Condong” dan “Leban Condong”.[three]

Menjelang penghujung abad ke-19, 4 daerah asal Johor mempunyai beberapa daerah kecil, contohnya daerah asal Muar mempunyai 4 daerah kecil – Parit Jawa, Chohong, Lenga dan Segamat. Pegawai Daerah Kecil Segamat yang pertama adalah Encik Menthol bin Haji Ahmad. Pada tahun 1933, daerah penuh Segamat ditubuhkan setelah persempadanan semula oleh kerajaan Johor bagi memisahkan iv daerah asal (Muar, Batu Pahat, Johor Bahru dan Sedili) kepada viii daerah (sebelum persempadanan tahun 2008 yang menambah daerah Kulaijaya dan Ledang untuk membentuk 10 daerah).

Mitos Segamat

[sunting
|
sunting sumber]

Segamat mempunyai sebuah cerita mitos iaitu terdapat seekor naga besar yang tidur dibawah tanah di Kampung Berata sehingga Kampung Gemereh iaitu sepanjang kira-kira v kilometer. Menurut cerita YM Drs.Ungku Zaman Mohd Tahir, punca daerah Segamat banjir kononnya berpunca dari Naga Besar yang bergerak dari tempat tidur asalnya yang menyebabkan Segamat mengalami banjir besar.[perlu rujukan]
[
nyatakan menurut siapa?
]

Pembahagian Pentadbiran dan Kawasan

[sunting
|
sunting sumber]

Pejabat Daerah dan Tanah Segamat

Daerah Segamat dibahagikan kepada eleven mukim. Setiap mukim ditadbir oleh Penghulu atau Ketua Kampung mewakili Pegawai Daerah untuk tugas harian. Mukim-mukim di Segamat adalah seperti berikut:-

  • Mukim Sungai Segamat
    – penempatan berdekatan bandar dengan lebih separuh penduduk
  • Mukim Gemereh
    – Mukim terkecil di Segamat
  • Mukim Bekok
    – Mukim terbesar di Segamat
  • Mukim Jabi
  • Mukim Sermin
  • Mukim Buloh Kasap
  • Mukim Jementah
  • Mukim Pogoh
  • Mukim Labis
  • Mukim Chaah
  • Mukim Gemas

Mukim Sungai Segamat merupakan penempatan yang padat kerana kebanyakan penempatan dibina berdekatan bandar. Populasi penduduk yang padat di Segamat adalah di Mukim Gemereh diikuti Mukim Sungai Segamat dengan lebih 200 penduduk per km2. Mukim Bekok merupakan mukim paling sedikit penduduk dengan 50 penduduk per km2.

Kerajaan Tempatan

[sunting
|
sunting sumber]

Terdahulu, daerah Segamat dibahagikan kepada ii daerah pentadbiran iaitu
Majlis Perbandaran Segamat
dimana kawasan dari pusat Bandar Segamat sehingga utara Daerah Segamat sebelum ini dikenali sebagai
Majlis Daerah Segamat Utara
dan
Majlis Daerah Labis
di pekan Labis hingga ke selatan Daerah Segamat dahulunya pula dikenali sebagai
Majlis Daerah Segamat Selatan. Bermula 1 Januari 2018, Kerajaan telah mengiktiraf Majlis Daerah Segamat dan menaiktaraf kepada Majlis Perbandaran oleh Menteri Besar Johor. Penduduknya seramai 207,000 orang terutama Melayu,Cina dan Republic of india.


Bahagian Utara

  • Pekan Buluh Kasap
  • Pekan Batu Anam
  • Kampung Bumbun
  • Kampung Sermin
  • Gemas Baharu
  • Kampung Paya Lang ane,two&3
  • Felda Palong Timur
  • Kampung Kadut
Read:  Lelang Pembangunan Rumah Sakit Semanggi Solo

Bahagian Timur

  • Pekan Pemanis
  • Pekan Sepang Loi
  • Felda Kemedak
  • Bandar Perwira Jaya
  • Kampung Gelang Chinchin

Bahagian Tengah

  • Kampung Tengah
  • Kampung Seberang Stesyen
  • Kampung Tungku Tiga
  • Kampung Lubuk Batu
  • Kampung Berata
  • Kampung Kedondong


Bahagian Selatan

  • Kampung Melayu Raya
  • Pekan Tenang
  • Kampung Bukit Mambai
  • Kampung Sekijang
  • Felda Kemelah
  • Bandar Labis
  • Pogoh
  • Desa Temu Jodoh
  • Bekok
  • Chaah

Bahagian Barat

  • Pekan Jementah
  • Kampung Paya Jakas
  • Felcra Tebing Tinggi
  • Kampung Batu Badak
  • Kampung Sungai Siput
  • Kampung Tasek
  • Kampung Alai
  • Kampung Seberang Batu Badak

Ekonomi Segamat

[sunting
|
sunting sumber]

Pertanian merupakan penyumbang utama terhadap ekonomi Segamat, menyumbang sejumlah 61.8% daripada jumlah pekerjaan pada tahun 1991. Penyumbang ekonomi kedua ialah sektor pengeluaran, iaitu sejumlah 13.1% daripada jumlah tenaga kerja pada tahun 1995. Ia disusuli sektor perkhidmatan kerajaan, iaitu sejumlah 12.2% daripada jumlah tenaga kerja pada tahun yang sama.

Pengangkutan di Segamat

[sunting
|
sunting sumber]

Segamat mempunyai jaringan jalan raya persekutuan dan negeri yang cukup baik. Laluan Persekutuan
Jkr-ft1.svg
adalah jalan raya utara-selatan utama, yang turut dihubungkan ke lebuh raya kebangsaan utama, Lebuhraya Utara-Selatan
E2
(jajaran selatan), melalui
Exit 227
(Persimpangan Simpang Ampat) dan
Leave 243
(Persimpangan Yong Peng Selatan); kedua-duanya terletak di luar Daerah Segamat.

Laluan Persekutuan
Jkr-ft23.png
menghubungkan Segamat dengan bandar-bandar utama di kawasan barat daya seperti Tangkak, Bandar Melaka, Muar dan Batu Pahat. Ia juga dihubungkan ke Lebuhraya Utara-Selatan
E2
melalui
EXIT 235
Persimpangan Tangkak. Sementara itu, Lebuhraya Tun Razak laluan
Jkr-ft12.png
menghubungkan Segamat dengan Kuantan serta negeri-negeri pantai timur.

Selain itu, terdapat beberapa jalan raya negeri utama di Segamat, antaranya:-

Perkhidmatan

[sunting
|
sunting sumber]

Selain sistem jaringan jalan raya, Daerah Segamat juga turut dihubungkan dengan sistem kereta api kebangsaan di stesen kereta api Segamat dan Labis.

Perkhidmatan Keretapi Antarabandar -Semua perkhidmatan keretapi antarabandar dari selatan ke utara dan pantai timur mahupun dari pantai timur dan utara ke selatan, akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di stesen keretapi segamat

-Senarai Perkhidmatan KTM Antarabandar:

  • Ekspres Rakyat (Singapore-JB Sentral-Segamat-Kuala Lumpur-Butterworth)
  • Ekspres Senandung Sutera (Singapore-JB Sentral-Segamat-Kuala Lumpur)
  • Ekspres Sinaran Timur (Singapore-JB Sentral-Segamat-Tumpat)
  • Ekspres Senandung Timuran (Singpore-JB Sentral-Segamat-Tumpat)
  • Ekspres Sinaran Selatan (Singapore-JB Sentral-Segamat-Kuala Lumpur)

-Terdapat tiga laluan bas antarabandar utama yang melalui Daerah Segamat:-

  • Yow Hoe (Gemas-Ayer Hitam)
  • North-Westward Johor (Segamat-Muar)
  • Kenderaan Bas MARA DARA (Segamat-Muadzam Shah)

-Kemudahan Kesihatan

  • Infirmary Segamat
  • Klinik Kesihatan Bandar Putra
  • Poliklinik Segamat Jalan Muar
  • Klinik Pergigian Segamat Jalan Muar

Kemudahan Perpustakaan Awam

  • Pada masa kini Segamat mempunyai sebuah perpustakaan awam yang terletak di Jalan Genuang Kampung bersebelahan dengan Mahkamah Tinggi dan bertentangan dengan Stadium Mini Segamat.Perpustakaan awam ini dikelolakan oleh Majlis Daerah Segamat. Perpustakaan ini memiIiki Iebih 50, 000 koleksi buku yang terdiri daripada buku-buku rujukan, buku kanak-kanak dan bacaan umum. Perpustakaaan ini beroperasi tiap-tiap hari dari jam viii.30 pagi hingga five.00 petang.

Kemudahan Bomba

  • Balai bomba segamat terletak Jalan Abdullah, Segamat dan mengawal kawasan segamat dengan keluasan 127,040.3 hektar daripada keluasan keseluruhan Daerah Segamat 282,534.5 hektar. Selebihnya adalah dibawah jagaan Balai Bomba Bandar Putra, Segamat.

Kemudahan Pos

  • Bersesuaian dengan peranannya selaku pusat yang menjadi tumpuan orang ramai, sebuah pejabat pos dibina di Jalan Awang,Segamat.Mempunyai sebuah mini pos di Labis,Segamat bersebelahan dengan Balai Polis Labis.

Kemudahan awam

[sunting
|
sunting sumber]

Setelah pembentukan Daerah Segamat, kerajaan mula membangunkan Segamat terutamanya dengan aktiviti pertanian bagi memacu ekonomi Segamat. Ia termasuklah pembinaan sistem kereta api kebangsaan yang melalui bandar Segamat.Stesen KTM Segamat memberi perkhidmatan kereta api bagi daerah Segamat, Ledang dan Muar Johor serta pembinaan jalan utama yang dikenali sebagai Laluan Persekutuan
Jkr-ft1.svg.

Pada tahun 1970-an, Lebuhraya Tun Razak telah dibina bagi memacu ekonomi Segamat sebagai hab pertanian, memendekkan perjalanan ke Kuantan serta untuk menyegerakan proses pembangunan di kawasan mundur di selatan Pahang.

Pada tahun 1996,
Pelabuhan Darat Segamat
dibina bagi menjadikan Segamat satu lagi hab pengangkutan utama, sebagai mana Nilai di Negeri Sembilan. Dengan pembinaan pelabuhan darat tersebut, pengilang hanya perlu menghantar barang ke Pelabuhan Darat Segamat dan kemudian barang tersebut akan dihantar ke pelabuhan terdekat seperti Pasir Gudang melalui kereta api dan ini boleh meningkatkan kecekapan pengangkutan.

Pada tahun 1999, jambatan kedua Segamat, telah dibina dan dibiayai oleh pihak swasta bagi mengurangkan kesesakan di jambatan utama. Jambatan tersebut dimasukkan sebagai sebahagian pakej
Jalan Lingkaran Dalam Segamat
yang terdiri daripada kerja naik taraf kepada jalan 4 lorong di Jalan Pemuda, Jalan Hassan, Jalan Pee Kang Hai dan Jalan Chia Chin Koon, siap pada Ogos 2005. Jalan lingkaran dalam tersebut amat berguna bagi mengalihkan aliran lalu lintas apabila jalan-jalan utama di pusat bandar ditutup bagi upacara khas seperti Hari Kebangsaan.

Bandar Segamat

[sunting
|
sunting sumber]

Pembangunan bandar Segamat sudah banyak perubahan dan dinaiktarafkan namun begitu, di samping banyak bangunan perniagaan baru dibina tetapi bandar ini tetap mengekalkan bangunan-bangunan lama dan masih baik.

Jambatan pertama (jambatan lama) dan jambatan kedua Segamat (jambatan baru) menghubungkan Bandar Atas dengan Bandar Seberang. Jambatan kedua ini telah dibina pada tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2005. Setelah terbinanya jambatan kedua di Segamat, kesesakan lalu lintas dapat diatasi.

Bandar Segamat juga merupakan bandar ke-v terbesar di negeri Johor dengan populasi melebihi 100,000 penduduk. Bandar Segamat dibahagikan kepada 2 bandar kerana dipisahkan oleh Sungai Segamat:-

  • Bandar Atas
    – Pusat Bandar Segamat. Bandar rasmi dan pusat pentadbiran Segamat.Terdapat pusat pejabat kerajaan.
  • Bandar Seberang
    – Terletak diseberang Sungai Segamat. Dipanggil bandar seberang oleh penduduk tempatan kerana lokasinya terletak di seberang sungai Segamat. Disini juga banyak didirikan pusat membeli-belah utama di Segamat.
  • Bandar Utama
    -Terletak bersebelahan dengan Sungai Segamat yang merupakan suatu bandar era baru yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti hotel,pusat komersial(Kip Mart),pusat perniagaan dan jabatan kerajaan.
  • Bandar Tekstil
    -Bandar yang mempunyai kedai-kedai menjual kain yang terbesar di Segamat iaitu Jakel Trading dan kedai-kedai kain yang lain seperti Jinnah Store,Rejinah Store dan Butik Bonanza.

Kawasan berdekatan bandar Segamat juga tidak terkecuali bukan hanya bandar baru tetapi termasuk juga pekan-pekan kecil antaranya ialah Pekan Jabi, Bukit Siput, Segamat Baru dan Bandar Putra Segamat. Ini menjadikan keseluruhan penduduk di sekitar bandar dianggarkan kira-kira 120,000 orang penduduk.

Tempat menarik

[sunting
|
sunting sumber]

  • Dataran Segamat
    – Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah Segamat dan peringkat negeri Johor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai
    Padang Besar Segamat. Pada tahun 2005, Segamat dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Apabila pengubahsuaian dilakukan, tidak hanya menara jam malah replika durian dan menara bendera juga di letakkan bersebelahan sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat yang memberi makna Segamat adalah daerah Tanah Raja Buah-buahan.Pada 30 Ogos 2012,Segamat menjadi tuan rumah untuk Sambutan Hari Raya dan Malam Ambang Merdeka.Turut dihadiri Menteri Besar Johor,Dato’Abdul Ghani bin Osman
    dan ADUN Segamat serta VIP lain.
  • Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden)
    – Taman Bunga Batu Hampar adalah satu-satunya taman rekreasi di tengah bandar Segamat. Di sini juga menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat ,Rumah VIP dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja Johor.Taman Bunga Batu Hampar merupakan tempat yang paling cantik dan sesuai untuk beriadah di daerah Segamat.
  • Makam Bendahara Tepok
    – Makam Bendahara terakhir Kesultanan Melayu Melaka terletak di Kampung Lubuk Batu, kira-kira 2 kilometer dari Pusat Bandar Segamat melalui jalan raya persekutuan dan bertentangan dengan Masjid Makam Lubuk Batu.Terdapat juga,Mercu Segamat yang diletakkan berhadapan dengan Lubuk Batu.
  • Makam Raja Temenggong Muar
    Makam Dinasti Raja2 temenggong Muar juga berada disini. Raja temenggong Muar merupakan kerajaan berdaulat yang didahului oleh Dato’ Pasir DiRaja Tun Sayid Jaafar Idrus (mangkat di Kampung Pantai Layang, Muar). Ianya secara tradisi diteruskan oleh anakanda beliau iaitu Engku Sa’akar DiRaja sehinggalah yang terakhir iaitu Temenggong Wan Abdul Rahman Ibni Temenggong Engku Mohd. Salleh. Dato’ Pasir DiRaja Tun Sayid Jaafar Idrus merupakan abang kandung kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid yakni induk kesultanan Johor, Pahang & Trengganu sehingga ke hari ini. Dato’ Pasir Diraja Tun Sayid Jaafar Idrus & Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid adalah bapa saudara Sultan Mahmud Syah ll (Sultan Johor ke-10) yang mangkatnya di julangan.
  • Air Terjun Sungai Bantang
    -Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93ha dan Kompartmen 18 seluas 156.28ha. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan eight km dari Pekan Bekok. Tema “Destinasi Rekreasi Luar Anda” telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkelahan.Pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya merentas hutan ‘jungle trekking’, perkhemahan dan perkelahan.
  • Taman Rekreasi Sungai Segamat
    – Tempat istirehat,memancing,berjoging pada waktu petang.Terletak di tebing Sungai Segamat.Sentiasa menjadi aktiviti Sukaneka.
  • Istana Hinggap
    -Sebuah istana persinggahan untuk kerabat diraja Johor yang akan singgah di daerah Segamat terutamanya aktiviti Kembara Mahkota Johor yang dianjurkan oleh Baginda Sultan Johor.Terletak di atas Bukit Hampar Segamat,bertentangan dengan Padang Batu Hampar serta bersebelahan dengan Sekolah Tinggi Segamat.
  • Benteng
    -Benteng merupakan suatu tempat medan selera yang panjang dan sentiasa dibuka setiap hari dari jam 12.00 tengah hari sehingga selepas 12 tengah malam yang terkenal di Segamat.Benteng terletak di tempat yang sangat strategik iaitu berhampiran pasaraya Econsave di Kampung Abdullah,Jalan Genuang Kampung,Bandar Seberang.Tempat ini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menjamu selera pada waktu malam.
  • Bazaar Karat
    -Pada waktu malam,Segamat terkenal dengan Boutique Karat iaitu sebuah kawasan sepanjang jalan Dataran yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai jualan.Bazaar Karat dibuka pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad sehingga 1 pagi.Bazaar Karat telah menjadi tumpuan utama penduduk Segamat untuk berjalan-jalan pada waktu malam.
  • Jambatan Putus,Buloh Kasap– Jambatan ini dibina oleh tentera British untuk pembinaan Persekutuan Route i Namun tentera British menghancurkan sebahagian jambatan ini untuk menghalang kemaraan tentera Jepun untuk menuju ke Singapura setelah perang berakhir Jambatan Buloh Kasap yang baru telah dibina betul-betul disebelah Jambatan Putus Buloh Kasap
  • Pusat Rekreasi Kolam Air Panas,Tenang
    -Kolam Air Panas Labis di Kg Tenang hanya 10 km dari pekan Labis. Jaraknya dari Bandar Segamat pula hanya 42 km. Terdapat four kolam besar yang menadah air panas dibina di situ. Ia dipam dari kolam air panas semula jadi yang terletak di tengah-tengah 4 kolam tersebut. Kolamnya cetek. Airnya yang panas pasti menyegarkan badan yang kelesuan dan kerengsaan. Kemudahan tandas dan bilik mandi disediakan untuk para pengunjung di samping taman permainan kanak-kanak, peralatan bersenam dan tapak berjalan kaki. Kedudukannya yang terperosok di sisi Kg Tenang memungkinkan wujudnya persekitaran yang tenang dan santai.
  • Air Terjun Takar Merluh, Kampung Tenang
    -Air terjun semulajadi yang terletak lebih kurang 12km dari bandar Labis. Pengujung perlu melalui kawasan Kampung Tenang dan melalui dusun-dusun tradisional yang di usahakan oleh penduduk kampung untuk sampai ke destinasi.
  • Pencakar Langit Segamat
    – Bangunan terletak di tengah-tengah Bandar Atas,Segamat.Bangunan ini telah dibina pada hujung tahun 80 -an , malangnya setelah selesai pembangunan ini,ia tidak diluluskan atas sebab-sebab keselamatan yang tidak dijamin.Ia hanya dapat digunakan bahagian yang bawah sahaja dan ia telah digunakan sebagai Pasaraya Derang Emas tetapi telah ditutup.Sekarang,bangunan tersebut telah dijadikan sebagai tempat pemeliharaan Burung Layang-Layang.Bangunan ini menjadi ikon kebanggaan daerah Segamat meskipun bangunan ini menjadi semakin usang.Reka bentuk bangunan ini sama seperti bangunan Parlimen Malaysia dengan mempunyai 22 tingkat.
  • Pusat Latihan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi
    – Merupakan satu institusi latihan untuk pelbagai aktiviti mencabar seperti berbasikal,jungle trekking dan banyak lagi aktiviti yang menarik.Terletak di Felcra Tebing Tinggi,Segamat.
  • Air Terjun Jeram Tinggi
    -Tempat perkelahan yang terletak jauh di pedalaman di Kampung Ulu Jementah,Segamat.Ia adalah salah satu laluan ke Gunung Mahligai dan berhampiran sempadan Segamat-Ledang.Tempat yang indah dan sesuai untuk aktiviti Jungle-Trekking,berenang dan pendakian.
  • Taman Awam Tasik Segamat
    -Terletak di Bandar Segamat berhampiran dengan Sungai Segamat.Sesuai untuk aktiviti rekreasi dan memancing pada waktu petang pada waktu petang.
  • Lain-lain
    -Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti:-
  1. One Segamat @ UO Superstore
  2. Billion Shopping Centre
  3. Pasaraya KU
  4. Pasaraya Hwa Thai
  5. Econsave Hypermarket
  6. Nirwana Supermarket,
  7. Upwell Shopping Centre
  8. Kip Mart Segamat
  9. Lotus Five Star
  10. Jakel Trading

Tempat Penginapan

[sunting
|
sunting sumber]

Pelancong boleh menginap di Tempat Penginapan di Segamat seperti:-

  • Homestay
  1. Homestay Inap Ustazah Zainon, Kg. Bumbun, Pekan Jabi
  2. Homestay Inapan Desa Afiq, Kg. Bumbun, Pekan Jabi
  3. Homestay Bekok,Labis
  4. Homestay Segamat,Taman Yayasan
  5. Homestay Segamat 2,Taman Perkasa,Kampung Jawa
  6. Homestay D’Felda,Kg.Gelang Chinchin
  7. IVY Homestay @ Segamat,Jln Ibrahim
  8. Homestay Segamat Tok Ayah,Kg.Bumbun
  9. Azlan Ant Segamat Homestay,Taman Yayasan
  10. Zaireen Homestay,Kg Kubu Dedap,Jementah
  11. Homestay Bandar Putra IOI
  12. Rumah Tamu Teratak Ixora, Taman Yayasan
  13. RM Homestay , Taman Yayasan
  • Hotel
  1. Hotel ID
  2. Hotel Koptown
  3. Hotel Neo Pegasus
  4. Villa Hotel
  5. Golden Lake Garden Hotel
  6. Pine Classic Inn Hotel

Kesenian dan Kebudayaan

[sunting
|
sunting sumber]

Segamat adalah sebuah daerah yang terkenal dengan tarian Zapin dan Kuda Kepang yang menjadi tarikan yang popular kepada pelancong yang datang dari luar mahupun dalam negara.Tarian Zapin Dan Kuda Kepang sering diadakan pada hari kebangsaan,majlis keramaian,majlis perkahwinan,karnival dan sebagainya. Tarian ini menjadi semakin popular di seantero dunia.

Segamat juga adalah daerah yang menghasilkan kraftangan yang diperbuat daripada hasil hutan dan dianyam dengan tangan untuk mengekalkan tradisi melayu.Contoh barang-barang yang dipersembahkan dengan menggunakan rotan ialah tudung saji,raga dan pasu.

Sukan Payung Terjun

[sunting
|
sunting sumber]

Segamat merupakan pusat bagi penggemar sukan lasak payung terjun kerana Segamat merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai kemudahan landasan kapal terbang awamnya sendiri bukan sahaja di Johor tetapi di Malaysia. Landasan ini dibuka semasa pendudukan Jepun dan kini dibuka kepada kapal terbang persendirian. Lokasi landasan ini terletak bersebelahan dengan Kelab Golf Segamat dan Pusat Latihan Memandu (JPJ) dan ia lebih dikenali sebagai Drib Zone (DZ) Segamat.

Para penggemar sukan ini bukan sahaja datang dari seluruh Malaysia, tetapi juga dari Asia. Bagi penggemar sukan lasak ini, DZ Segamat dikenali sebagai ‘landasan sempit’ kerana ianya mempunyai kawasan terhad terutama semasa melakukan pendaratan. Antara kelab yang aktif melakukan latihan penerjunan, ialah Skydiving Farthermost Sports Club (SKIES).

Segamat Racing FC

[sunting
|
sunting sumber]

Pada peringkat awal penubuhan kelab ini, tiada sebarang matlamat yang ditetapkan. Hanya sebagai sebuah kelab untuk beriadah sahaja. Setelah kelab mempunyai ahli yang semakin ramai, dengan rasminya kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 1998. Pada tahun 1999 kelab ini mula bergiat aktif dengan menyertai berbagai kejohanan yang diadakan diperingkat daerah Segamat mahupun peringkat luar daerah sehingga ke hari ini. Sehingga kini seramai lebih kurang 60 orang ahli berdaftar menjadi kelab.

Kebanyakkan pemain kelab ini adalah terdiri daripada belia tempatan sekitar bandar Segamat. Pemilihan pemain pula adalah berdasarkan penelitian Ahli Jawatankuasa Pembangunan Sukan yang terdiri daripada bekas-bekas pemain daerah Segamat yang pada ketika itu merupakan Ahli Jawatankuasa Kelab Racing F.C.

Kelab ini mula menonjolkan diri pada tahun 2003, di mana kemasukkan pemain-pemain yang pernah serta sedang mewakili daerah ketika itu telah menjadikan satu pasukan bolasepak yang mantap dan telah menjadi juara Piala F.A pada tahun 2003.

Hasil dari pengurusan yang teratur dan konsisten serta komitmen pemain sehingga hari ini, ia memberi impak yang besar disetiap kejohanan sukan bolasepak dan futsal yang diadakan di daerah Segamat dan di luar daerah.

Pekan-pekan di Segamat

[sunting
|
sunting sumber]

Pekan

[sunting
|
sunting sumber]

  • Labis
  • Jementah
  • Buloh Kasap
  • Chaah
  • Bekok
  • Batu Anam
  • Pagoh
  • Pekan Air Panas
  • Gemas Baharu
  • Sungai Karas
  • Pagoh
  • Genuang Kampung
  • Gemereh
  • Batu Badak

Taman Perumahan

[sunting
|
sunting sumber]

  • Taman Segamat
  • Taman Segamat Indah
  • Taman Kekwa
  • Taman Pawana
  • Taman Indah Jaya
  • Taman Sri Bintang
  • Taman Desa
  • Taman Mida
  • Taman Sedeng
  • Taman Perdana
  • Taman Fajar
  • Taman Impian Emas
  • Taman Mega
  • Taman Utama
  • Bandar Taman Yayasan 1
  • Bandar Taman Yayasan 2
  • Taman Permai
  • Taman Tasik
  • Taman Sri Medoi
  • Taman Bukit Baru
  • Taman Sri Alam
  • Taman Sri Alam ii
  • Taman Sejati
  • Taman Suria
  • Taman Wijaya
  • Taman Segamat Baru
  • Bandar Putra
  • Taman Astakajaya
  • Taman Astakajaya 2
  • Taman Mewah
  • Taman Selesa
  • Taman Seruling
  • Taman Sri Seruling
  • Taman Yard.S.M
  • Taman Temenggong
  • Taman Sri Temenggong
  • Taman Bunga Raya
  • Taman Melur
Read:  Mimpi Membeli Tanah Dan Membangun Rumah

Kampung

[sunting
|
sunting sumber]

  • Kampung Jawa
  • Kampung Tungku Tiga
  • Kampung Mengkudu
  • Kampung Bukit Lintang
  • Kampung Sulir
  • Kampung Jabi
  • Kampung Tengah
  • Kampung Gubah
  • Jalan Pemuda
  • Kampung Tahang Rimau
  • Kampung Tengah
  • Kampung Tasik
  • Kampung Alai
  • Kampung Bumbun
  • Kampung Sermin
  • Kampung Buluh Kasap
  • Kampung Kuala Paya
  • Kampung Pauh
  • Kampung Sepinang
  • Kampung Gelang Chinchin
  • Kampung Bangas
  • Kampung Batu Badak
  • Kampung Seberang Batu Badak
  • Kampung Gemereh
  • Kampung Lubuk Batu
  • Kampung Paya Pulai
  • Kampung Pogoh
  • Kampung Bukit Senggir
  • Kampung Bukit Limau Manis
  • Kampung Codan
  • Kampung Tekam
  • Kampung Kenawar
  • Kampung Lubok Bandan
  • Kampung Melayu
  • Kampung Segamat Kecil
  • Kampung Genuang Baru
  • Kampung Paya Besar
  • Kampung Tenang
  • Kampung Bukit Mambai
  • Kampung Kwongsai
  • Kampung Sekijang
  • Kampung Sepang Loi
  • Kampung Awat
  • Kampung Balai Badang
  • Kampung Paya Lebar
  • Kampung Paya Jakas
  • Kampung Kenangan
  • Kampung Lubok Kepong
  • Kampung Merigi
  • Kampung Mensudut Lama
  • Kampung Mensudut Pindah
  • Kampung Sungai Senarut
  • Kampung Paya Luas
  • Kampung Teluk Kelubi
  • Kampung Kadut
  • Kampung Sungai Gatom
  • Kampung Usaha Jaya
  • Kampung Melayu Raya
  • Kampung Pudu
  • Kampung Kangkar
  • Kampong Kundong
  • Kampung Tebing Tinggi
  • Kampung Paya Lang
  • Desa Temu Jodoh

Mukim

[sunting
|
sunting sumber]

  • Mukim Sungai Segamat
  • Mukim Gemereh
  • Mukim Bekok
  • Mukim Jabi
  • Mukim Sermin
  • Mukim Buluh Kasap
  • Mukim Jementah
  • Mukim Pogoh
  • Mukim Labis
  • Mukim Chaah
  • Mukim Gemas

Pendidikan

[sunting
|
sunting sumber]

Sekolah rendah dan menengah

[sunting
|
sunting sumber]

Segamat
juga tidak terkecuali dalam melahirkan masyarakat berilmu bukan saja di negeri ini tetapi juga di Malaysia. Sehubungan itu, sekolah-sekolah telah banyak dibuka. Antara sekolah terawal ialah
Sekolah Tinggi Segamat.Daerah Segamat juga mempunyai sekolah yang diiktiraf sekolah cemerlang oleh Pejabat Pendidikan Negeri Johor seperti Sekolah Temenggong Abdul Rahman pada tahun 2010.Berikut juga adalah antara senarai nama-nama sekolah di daerah Segamat:-

  • SMJK (C) Seg Hwa
  • Sekolah Tinggi Segamat
  • SMK Dato’ Bentara Dalam
    (berasrama)
  • SMK Paduka Tuan
  • SMK Agama Segamat
    (berasrama)
  • Kolej Vokasional Segamat
    (berasrama)
  • SMK Bandar Putra IOI
  • SMK Jementah
  • SMK Labis
  • SMK Palong Timur
  • SMK Sri Jementah
  • SMK Labis
  • SMK Munshi Ibrahim Labis
    (berasrama)
  • SMK (P) Canossian Convent
  • SMK Tenang Stesyen
  • SMK Dato’ Ahmad Arshad
  • SMK Buloh Kasap
  • SMK Gemereh
  • SMK Cha’ah
  • SMK Bekok
  • SMK Seri Kenangan Segamat (SUKSES)
    (berasrama)
  • SMK Palong Timur
  • SMK Kamarul Ariffin Labis
  • SK Melayu_Raya
  • SK Seri Bekok
  • SK Dato’ Wan Idris
  • SK Kampung Jawa
  • SK Felda Medoi
  • SRJK (C) Li Chi
  • SRJK (C) Jabi
  • SK (P) Cannossian Convent
  • SRJK (C) Seg Hwa
  • SRJK (C) Hwa Nan
  • SK Gemereh
  • SK Labis
  • SK LKTP Tenang Felda Tenang Labis
  • SK Seri Bali Cha’ah
  • SK Desa Temu Jodoh
  • SK Batu Anam
  • SK Spang Loi
  • SK Kampung Awat
  • SK Kampung Kuala Paya
  • SK Jementah
  • SK Kampung Paya Jakas
  • SK Bukit Hampar
  • SK Temenggong Abdul Rahman
  • SK Tenang Station
  • SRAB Segamat
  • SK Segamat Baru
  • SK Bandar Putra
  • SK Buloh Kasap
  • SK Mensudut Lama
  • SK Dato’ Maharajalela
  • SK LKTP Palong Timur 1
  • SK LKTP Palong Timur 2
  • SK LKTP Kemelah Felda Kemelah

Institusi Pengajian Tinggi

[sunting
|
sunting sumber]

  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Johor telah dibina pada penghujung tahun 1980-an di Jementah dan telah memulakan operasinya pada tahun 1991. Pembinaan kampus ini telah menjadikan Segamat pusat pendidikan terpenting di Johor selain dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor Bahru.

  • Kolej Komuniti Segamat

Kolej Komuniti Segamat telah beroperasi pada Jun 2001 di Kampus sementara di Sekolah Menengah Vokasional(dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah teknik)sebelum berpindah ke kampus tetap di No.24-34,Jalan Putra 1/one,Bandar Putra,Segamat. Pada 3 Mac 2011, Kolej Komuniti Segamat two telah ditubuhkan dan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Batu Anam, Segamat.

  • Kolej Tuanku Abdul Rahman(TARC)

Kolej Tuanku Abdul Rahman cawangan Johor telah beroperasi bermula pada 18 Mei 1998.Terletak di selatan bandar Segamat iaitu berhampiran dengan Pelabuhan Darat Segamat dan mengambil masa 15 minit dari bandar Segamat.

Tokoh Kenamaan

[sunting
|
sunting sumber]

  • Tun Musa Hitam – Mantan Timbalan Perdana Menteri pada zaman Tun PhysicianMahathir.Tun Musa Hitam adalah anak jati kelahiran Segamat
  • Datuk Abdul Ajib Ahmad – Datuk Abdul Ajib bin Ahmad dilahirkan pada 13 september 1947 di Segamat, Johor. Memulakan persekolahan di Sekolah Bukit Hampar, Sekolah Tinggi Segamat dan bekas penuntut Kolej Kuala Kangsar. Dato’ Ajib melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat Ijazah B.A. Hons dalam bidang Ekonomi (1971).

Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri dan Sektor Awam sebagai Pegawai Perhubungan Industri di sebuah Syarikat Minyak. Dalam arena politik beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Y.B. Dato’ Musa Hitam (1975-1982). Dalam tahun 1982, beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Othman Bin Mohd Saat. Dalam Pilihanraya Umum 1986, beliau memenangi Kerusi Parlimen Mersing. Beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri

  • Amiruddin Medico Ali Hanafiah -Seorang penulis yang dilahirkan dan berasal serta menjadi anak jati daerah Segamat.Beliau merupakan Peneraju Persatuan Penulis Johor.
  • Abdul Rahim bin Osman -Seorang penyanyi Nasyid kumpulan In-Squad yang dilahirkan di Kampung Gemereh, Segamat.
  • Burnmark -Kumpulan muzik rock tahun 90-an yang terkenal dengan lagu Secebis Rayuan berasal dari Segamat
  • Dato’ Nooh Gadut – Merupakan bekas Mufti Negeri Johor. Sekarang beliau menyandang Jawatan Penasihat di Jabatan Agama Johor.Dilahirkan di Kampung Pogoh,Segamat.
  • Puan Sri Normala Samsudin – Merupakan bekas wartawan di televisyen yang merupakan anak watan bumi Segamat.Beliau dilahirkan di Kampung Kuing Patah,Buluh Kasap dan merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Segamat.
  • Mejar (K) David Teo-Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG). Mejar David Teo berasal dari Kampung Buluh Kasap Segamat, Johor.
  • Achey Bocey seorang pelawak kumpulan Bocey Juara Maharaja Lawak Mega 2017 juga berasal daripada Segamat
  • Yeo Bee Yin seorang ahli politik Malaysia yang berasal dari Batu Anam, beliau merupakan Ahli Parlimen Bakri dan bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
  • Dr Lee Benefaction Chye merupakan Timbalan Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Gopeng
  • Penny Tai merupakan seorang penyanyi Mandapop kelahiran Segamat.
  • Datuk Zaini Jass merupakan Pesuruhjaya Tinggi Polis Sabah, jawatan tertinggi dalam Jabatan Polis Negeri Sabah, beliau berasal daripada Batu Anam, Segamat. Beliau juga telah memegang beberapa jawatan penting dalam PDRM termasuklah Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Kawasan Pilihan Raya

[sunting
|
sunting sumber]

No. Parlimen Parti No. DUN Parti
P140 Segamat Parti Keadilan Rakyat 2020 lompat ke

BERSATU

N1
N2
P141 Sekijang PH-PKR N3
N4
P142 Labis PH-DAP N4
N5

Rujukan

[sunting
|
sunting sumber]


  1. ^

    http://ptj.johor.gov.my/index.php/pejabat-tanah/pejabat-tanah-segamat/profil-daerah

  2. ^


    “Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010”
    (PDF). Section of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal
    (PDF)
    pada 22 May 2014. Dicapai pada
    xix April
    2012
    .



  3. ^

    Asal Usul Nama Tempat.

Pautan luar

[sunting
|
sunting sumber]

  • Peta-peta berkaitan dengan Segamat
  • Laman Web Majlis Daerah Segamat Utara (MDSU)



Bangunan Bangunan Rumah Di Kampung Naga

Source: https://ms.wikipedia.org/wiki/Segamat

You May Also Like